Warga Seri Pristana akan berpesta sukan lagi....Kali ini dgn sukan bola tampar pula. Harap seluruh warga dapat manafaatkan riadah ini dalam mewujudkan lagi keakhraban seluruh warga Seri Pristana khususnya.
KRT Seri Pristana....memang bezzzzz!!!!!
> 24 Mac '12... Seawal jam 8.30 pagi, Kejohanan Sepak Takraw 2012 @ Seri Pristana anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seri Pristana dimulakan. Sehari suntuk pertarungan hebat ini dijalankan dalam memertabatkan 'Juara' peringkat Seri Pristana. Sebanyak 12 pasukan, semuanya terdiri hanya dari pasukan yang mewakili fasa masing-masing iaitu Astana, Bristana, Mastana, Aristana & Kristana.
Kejohanan yang lebih kepada 'perpaduan' ini menepati sasaran iaitu dalam usaha mengeratkan dan menambahkan lagi keakraban warga Seri Pristana melalui sukan. Sukan sepak takraw dipilih kali ini dengan Astana manjadi tuan rumah gelanggang pertarungan. Sepanjang kejohanan bermula hingga akhir, bermacam ragam serta aksi peserta-peserta kejohanan bagi memastikan kemenangan pasukan masing-masing.....sungguh meriah!
Acara perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Rohaida Abd Kadir, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor. Hadir sama dalam memeriahkan program ini ialah En. Pardi Kartimin, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor yang mana beliau banyak membantu diperingkat atasan dalam menjayakan program ini.
Diakhir kejohanan, pasukan dari Astana telah dinobatkan sebagai Juara, manakala Naib Juara berpihak kepada pasukan dari Mastana. Pemenang tempat ke-3 milik pasukan dari Bristana dan Astana. Semua pemenang masing-masing membawa pulang trofi kejohanan sebagai kenangan. Harapan penganjur agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang dalam menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan seluruh warga Seri Pristana.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Jemputan ke :- MAJLIS PERASMIAN SRS @ BRISTANA
sempena
PELANCARAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)
ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) SERI PRISTANA.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seri Pristana menjemput
Tuan/puan sekeluarga (warga Bristana) ke majlis diatas yang akan diadakan pada :-
Tarikh : 03 March 2012 (Sabtu).
Lokasi : PONDOK KAWALAN BRISTANA
Jalan SP3/9, Seri Pristana,
Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
Jam : 8.00 malam.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat memeriahkan lagi program ini dan dapat kita bersama-sama berdoa dan memohon kehadrat Allah swt. agar dengan kelancaran program ini nanti akan dapat mengurangkan/mencegah dari berlakunya kes-kes yang tidak diingini berlaku khususnya kes pecah rumah di kawasan taman perumahan kita, insyaAllah.
Kerjasama dari tuan/puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
*SUMBANGAN MAKANAN SECARA POT-LUCK DIALU-ALUKAN!!!
BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Syarat Kelayakan Permohonan
1. Wargenegara Malaysia
2. Lelaki @ Perempuan yang menjadi ketua Keluarga yang tinggal serumah
... 3. Pendapatan RM3000.00 kebawah
4. Warga Emas (60Tahun keatas)
Dokumen Penting yang perlu ada.
1. Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis
2. Penyata Slip Gaji Terkini
3. Wakil @ waris tidak boleh menuntut bayaran
Homestay Untuk disewa di Taman Seri Pristana (Bristana-3/9)
Rumah Teres 2 Tingkat, Aircond (2 unit), Astro, Freezer dan lain2,,,sesuai untuk kenduri-kendara, majlis konvokesyen, hari pendaftaran.